Saturday, November 24, 2012

3 Tips Hilangkan Jerawat

1. Jika anda inginkan kulit muka yang cantik, jangan sentuhnya!
Bunyinya kedengaran mudah, tetapi tahukah anda kajian mendapati manusia menyentuh mukanya sendiri berkali-kali dalam sehari dan majoriti daripada sentuhan adalah tanpa sedar? Antara sebab kita menyentuh muka kita adalah untuk menggaru, mengusap, mengelap peluh, memegang bibir atau hidung dan banyak lagi.
Mengapa? Tangan adalah anggota utama perhubungan kita dengan dunia di sekeliling kita. Malangnya dunia persekitaran kita tidaklah bersih. Peluh, daki dan minyak (yang membawa bersama mereka bakteria dan virus) tersebar melalui permukaan yang kita sentuh seharian seperti tombol pintu, pemegang sinki, alat tulis yang dikongsi dan banyak lagi.
Oleh kerana sentuhan pada kulit muka sendiri hampir mustahil untuk dielakkan, langkah terbaik adalah memastikan tangan dibasuh secara kerap sepanjang hari.
2. Basuh muka dua kali sehari
Luangkan sedikit masa dua kali dalam sehari untuk membasuh muka secara teliti kerana ia merupakan cara terbaik untuk menghilangkan kotoran dari wajah (dan menghalang jerawat dari bermula!).
Pastikan anda tidak keterlaluan dalam membasuh muka. Dua kali dalam sehari adalah memadai, sekali di pagi hari dan sekali di waktu petang. Gunakan kain yang bersih, air suam dan sabun atau pencuci muka.
Aktiviti-aktiviti ini dapat menghilangkan daki dan minyak yang berkumpul di muka anda, ditambah dengan asap rokok, pencemaran udara dan pelbagai ejen kotoran lain.
3. Keluarkan peluh
Cara berkesan untuk membantu mencantikkan muka anda – di samping fizikal, mental dan emosi – adalah dengan bersenam. Senaman selama setengah jam tiga hingga empat kali seminggu sudah mencukupi bagi mereka yang sibuk.
Tekanan atau stress menyebabkan kulit anda meningkatkan pengeluaran minyak, oleh itu sebarang aktiviti mengurangkan stress membantu menghalangnya dari berlaku.
Peluh yang keluar sewaktu bersenam juga membantu membersihkan liang-liang kulit anda, sekaligus memudahkan sel-sel kulit mati untuk keluar ke permukaan sekaligus mengurangkan risiko jerawat.

No comments:

Post a Comment